Bahan A
500 gm ayam
1 biji tomato (belah 4)
1 pokok daun bawang (potong 1")
1 biji bawang besar (saya tambah)
Bahan B :
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
(bancuh dengan 1/2 cawan air)
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
Bahan C : (Dihiris)
3 biji cili merah
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara2 membuatnya :
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga layu.
- Masukkan ayam dan kacau rata2. Kemudian masukkan sedikit air.
- Masakkan ayam sehingga lembut.
- Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.
- Biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tomato, bawang besar dan daun bawang. Kemudian kacau rata.
- Sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment