Thursday, 30 January 2014

Penkek Gebu Bersama Sos Coklat




Bahan-bahan penkek

1 1/2 cawan susu segar
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serba guna/gandum biasa
3-4 sudu besar gula kasotr
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar mentega - dicairkan

Cara-caranya:

Masukkan cuka/jus lemon ke dalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ini menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yang besar ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dengan garfu, masukkan mentega dan esen vanila. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuankan bancuhan cecair ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati

Perap adunan 10 - 15 minit untuk mendapatkan hasil penkek yang cantik dan gebu.

Panaskan non stick frying pan dengan api yang sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dalam keadaan membuat dan masak sehingga keluar buih-buih pada permukaanya dan balikkan,

Tunggu hingga penkek masak dan angkat

Cara buat 'Sos Coklat'

Bahan-bahan

150 gm coklat masakan  dipotong kecil
100 ml whipping cream
25ml air
1 sudu besar gula kastor
1 sudu besar mentega
secubit garam

Cara-caranya

Panaskan whipping cream dan air dengan api sederhana hingga kelihatan buih-buih pada tepi periuk. Masukkan gula dan garam, kacau hingga kedua-duanya larut.

Perlahankan api dan masukkan coklat masakan dan mentega. Kacau  sekejap dan padamkan api.

Teruskan mengacau sehingga kesemuanya sebati.

Biarkan sejuk sedikit barulah dihidangkan dengan penkek.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...