Tuesday, 11 February 2014

Ayam Masak Merah Simple






Bahan-Bahannya:-

Ayam 1 ekor potong 12
* 12 tangkai cili kering (Jumlah ikut suka nak pedas)
*  4   Biji tomato
*  3   Ulas bawang putih
*  1   Bawang besar
*  2   Inci halia
*  2   Batang serai
4 Sudu besar sos cili/tomato

Cara-caranya:-

Gaulkan ayam yang dipotong kecil dengan garam dan kunyit selepas diperap 10-15 minit digoreng (separuh masak saja) diangkat. Minyak panas yang lebih goreng ayam tadi...masukkan bahan2 yang dimesin terus ke dalam , tunggu sampai nampak meletup halus masukkan tomato sos dalam 3-4 sudu besar, masukkan garam & gula mengikut citarasa dan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Tutupkan sekejap 5-10 minit sehingga nampak ayam dah masak masukkan bawang besar yang dimayang kasar.Nak masukkan kacang pis atau nenas kecil2 dan juga tomata buah dibelah 4 pun boleh





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...