Gambar hiasan saja tapi lebih kurang macam ini lah :-
Bahan-bahannya :-
1 Kilo tulang lembu (direbus dalam periuk tekanan/direbus sampai daging lembut)
2 Kilo mee kuning
3-4 Bawang besar dimayang kasar
300 gm udang kering lagi byk lagi best (dibasuh dan dimesin dgn bahan2 lain) *
20 lada kering (direndam air panas dan dimesin dengan semua bahan untuk dimesin) *
3-4 batang serai (dihiris kasar untuk dimesin)*
10-15 biji bawang merah/kecil (dimesin) *
3-5 ulas bawang putih (dimesin) *
1/4 botol kicap
1 cawang minyak untuk menumis
Lengkuas 3 inci diketuk sahaja
1- 11/2 mangkuk air asam jawa
Garam dan gula
* Bahan yang perlu dimesin boleh dicampur sekali (kalau dibuat dengan kuantiti sedikit) kalau banyak campurkan dalam periuk/bekas asing supaya mesin pengisar tidak lekat.
Bahan hiasan
Sedikit sawi
Daun Sup dan daun bawang
Taugeh
Bawang goreng
Lada merah dihiris halus
Telur rebus dikerrat 2 atau empat
Cara-caranya:-
Panaskan minyak lebih kurang secawan dalam periuk, masukkan bawang besar yang dimayang kasar sehingga bawang layu, kemudian masukkan bahan yang dimesin, sampai kuah meletup-letup kemudian masukkan air asam jawa dan air tulang dan tulang yang direbus, lengkuas yang diketuk, kicap, garam dan gula.
Siap untuk kuahnya.
Cara Hidangannya
Mee dan bahan-bahan hiasannya diatas dan akhir sekali kuahnya.
No comments:
Post a Comment