Sunday, 5 January 2014

Asam Laksa






Asam Laksa

1.5 Kg laksa
1    Kg ikan kembong 
1    Tin kecil sardin
1    Biji bawang besar
20 Tangkai cili kering (dibuat lada cili boh)
5   Biji cili merah *
6   Biji bawang merah *'
1   Batang serai dihirs  * 
1   Inci lengkuas *
40 gm belacan *
2   Bunga kantan (Belah 2)
3   Asam gelugur
50 gm asam jawa (1 atau 1 1/2 cawan air)
1   Ikat kesum

*  dimesin

Hiasan

1  Ikat daun pudina
1  Biji nenas (dipotong kecil2)
1  Batang timun (dipotong panjang)
1  Hirisan lada padi
1  Bawang besar (dimayang kasar-kasar)
 2 Limau nipis / Kasturi (dibelah 2)

Cara-caranya:-

Ikan Kembong disiang, cuci dan rebus  dengan air hingga masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dan tulangnya. Kisar ikan tadi campurkan dengan air ikan yang sudah ditapis. Sardin hanya ambil ikan sahaja, basuh dan ambik isi sahaja dan buangkan tulangnya, campurkan dengan air dan isi ikan kembong tadi.. Letakkan atas api air ikan dan campurkan dengan isi ikan masakkan sehingga mendidih dan masukkan air asam jawa dan asam gelugur  dan segala yang dikisar tadi. masak selama 40 minit (hingga mendidih) masukkan daun kesum dan bunga kantan





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...