Wednesday, 13 August 2014

TIP-TIP MASAKAN TOM YAM

(Ihsan dari Mamak Haji Facebook)

1. Dalam masakan ini, sukatan perencah-perencah utk masakan guna "Hukum Ibu Jari". Sekiranya gunakan dua cawan air untuk membuat sup tom yam, gunakan 1 helai daun limau purut, 2-3 keping lengkuas segar bersaiz kuku ibu jari dan sebatang serai yang dipotong 1 inci panjang. Dharabkan saja sekiranya gunakan lebih dari dua cawan kesemua perencah tersebut. Daun limau purut kalau nak aroma yang baik..tanggalkan urat daun yang tengah dengan menarik keluar.
2. Jangan gunakan cuka untuk jimatkan kos bahan masakan ia akan jadikan menu masak cuka pulak.Menggunakan jus lemon dalam masakan asia tenggara adalah terhad dan jangan guna jus lemon, ia akan pahitkan masakan anda sekiranya masak cara Asia tenggara. Gunakan hanya jus limau nipis untuk mengekalkan rasa asli tom yam anda.
3. Masukkan jus limau nipis, cili api (cabai burung) yang segar, daun saderi(cilantaro) atau daun bawang atau daun pudina segar hanya selepas Sup tom yam anda dikeluarkan dari api dapur dan sedia untuk hidangan. Sekiranya anda masukan Tomato segar tentukan tomato hanya dimasukkan sebelum 1 minit matikan api dapur. Ia untuk mengekalkan kesegeran haruman bahan-bahan tersebut.
4. Sukatan bagi sos ikan Thai, jus limau dan cili padi bagi setiap 1 cawan air 2 sudu besar.
5. Resepi Tom Yam yang amat digemari ialah sup yang berwarna oren kemerahan. Warna adalah tambahan keenakan sup Tom Yam dan juga menutup ketulan daging atau ayam yang kelihatan hodoh selepas masak. Warna ini boleh diwujudkan dengan sebuah pes yang lazat. Pes ini juga memberi aroma yang amat menyedapkan. Pes cili Thai ini (seakan sambal tumis) ini digelar, " Nam Prik Pao". Pes ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan cili kering, udang kering atau pun ikan kering, belacan, bawang putih, halia dan bawang merah. Ia diadunkan dengan sos ikan, asam jawa dan gula melaka dan dimasak dengan minyak seperti sambal tumis kita. Nam Prik Pao juga boleh digunakan sebagai bahan tumisan yang sedap untuk masakan tom yam, masakan laut, sayur-sayuran dan juga untuk hidangan mee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...