PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO:
(Ihsan dari Mamak Haji)
Jangan membuat silap bila menyediakan sup tom yam dengan pes tom yam segera, untuk cuma ingin mendapatkan warna kemerahan tom yam anda. Pes ready made itu untuk masak segera dengan segala perencah telah diadunkan. Kalau anda tambah lagi perencah seperti lengkuas, serai dan daun limau purut rasa tom yam asli dengan aroma segar tidak akan ada dalam sup tom yam anda buat itu nanti. Yang buat tom yam merah adalah sambal yang digelar, "Nam Prik Pao"...mamak haji berikan respi buat sambal ini. Buat dan simpan sambal ini. Bila nak buat tom yam gunakan saja.
PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO
Bahan-Bahan:
1 dan 1/2 cawan hirisan bawang merah (atau gunakan bawang goreng yang telah siap).
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
1 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu besar (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 dan 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
1 Kiub Belacan basah satu inci X satu inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
1 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu besar (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 dan 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
1 Kiub Belacan basah satu inci X satu inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya dengan kitchen towel. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.
2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.
3. Bungkuskan belacan basah dalam alluminium foil dan bakar dengan api dapur gas yang terdedah dengan memegang dengan penyepit makanan. Pusingkan sentiasa untuk dapatkan pembakaran yang sekata. Bakar sehingga baunya menusuk ke hidung anda. Sejukan dan potong bahagian kecil-kecil. Kalau ada belacan bakar tak perlu lakukan kerja-kerja di atas.
5. Adunkan semua perencah di atas dengan 2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, , Udang kering, cili kering, belacan, bawang goreng dan bawang putih goreng, dengan 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dalam balang blender dan kisar sehingga halus.
6. Panaskan kuali dengan api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.
No comments:
Post a Comment