Friday, 3 January 2014

Nasi Dagang Kelantan/Terengganu





Nasi Dagang Kelantan

1 Kilo Beras Nasi Dagang
1 Kilo Santan (Gulai Ayam dan Beras)
3 Ulas Bawang Merah (dimayang)
3  Ulas Bawang Puteh (dimayang)
2 Inci Halia (dimayang)
sedikit halba (sekiranya beras wangi/nasi dagang puteh)

Cara Masak Nasi

Beras Nasi Dagang 4 jam direndam
Beras direndam 2 jam (sekiranya beras wangi)

kukus beras tersebut selama 30 minit (tanpa bubuh apa apa setelah direndam) keluarkan bubuh dalam basen kacaukan dengan air kosong 1 setengah mangkuk sambung kukus selama 20 minit lagi masakkan 1 mangkuk santan cair (dibubuh garam dan gula) keluarkan nasi tadi dalam besen , terus bubuh santan cair tadi gaulkan dengan nasi dan campurkan bawang, halia dan bawang puteh yang dimayang tadi. (Kukuskan semula setelah digaul dalam besen kukus akhir 20 minit) Masakkan santan pekat pula tanpa bubuh apa-apa, anggaran 1-2 mangkuk (bergantung kepada keperluan beras tersebut) setelah itu masukkan nasi tersebut dalam besen dan gaulkan dengan santan pekat yg dimasak tadi tanpa dikukus lagi.

* Pastikan sebelum mengukus kukusan tersebut telah mendidih supaya nasi tidak hancur berada lama dalam kukusan.
 * Tujuan letak (transit) nasi di dalam besen supaya air, dan santan rata apabila digaul.

Gulai Darat - Ayam


1 Ekor Ayam dipotong 12 (dibasuh dan direbus dengan air biasa saja)tutup sebaik gelegak
 (supaya ayam tidak mudah hancur)
5 Ulas Bawang Merah (dimesin)
2 Ulas Bawang Puteh (dimesin)
2 Inci Halia (dimesin)
1 Inci Lengkuas (dimesin)
2 Senduk Kecil Rempah Gulai Darat
3 Sudu besar budu
1 Paket Kerisik yang berminyak (Kelapa)
3 Keping Asam Gelugor
2 Kerek Gula Melaka
Garam
lada padi letak macam tuh je...
Gula ikut keadaan sebab dah masuk gula Melaka.
Santan yang kurang pekat (4 - 6 cawan)

Masukkan semua yang dimesin dalam santan yang kurang pekat sentiasa kacau sehingga pecah minyak, masukkan budu dan kerisik dan masukkan ayam. (ayam masukkan setakat nak makan dulu nanti ayam hancur)

Sambal Kelapa

1 Batang Serai (dimayang dan ditumbuk)
1 Bawang Merah (dimayang dan ditumbuk)
1 Bawang Putih (dimayang dan ditumbuk)
 4-5 Sudu Besar Kelapa goreng warna keemasan (ditumbuk semua bahan) gula & garam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...