Monday, 10 November 2014

Ayam Masak Bawang Berempah


BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dibersihkan dipotong 12 bahagian.
- 5 Bawang Merah labu dihiris dan digoreng.
- 2 sudu besar serbuk Cili (ikut kepedasan mula dgn 1 sudu besar).
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
- 2 sudu besar Rempah Kari (daging).
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas - tidak kemestian.
- 2 sudu besar Sos Tiram.
- 2 sudu besar Sos Cili.
- 1 sudu besar sos Tomato.
- 2 sudu besar pes bawang putih-halia.
- 1 sudu kecil serbuk garam masala.
- 2 btg kayu manis, 7 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 3 bunga lawang.
- 1 helai daun pandan dipotong 4 inci panjang.
- 1 sudu besar gula.
- 2-3 tangkai daun kari.
- Garam secukup rasa.
- Cili merah dan pudina / daun ketumbar (hiasan).
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran kah rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas (tidak termasuk sos tiram, sos cili dan tomato) dan juga daun kari. Tentukan rempah tidak hangus. Goreng selama 1-2 minit sudah memadai. Bila rempah mula mengeluarkan aromanya, masukan sedikit air/stok ayam (ikut kuah yang anda perlukan). Bila air bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
4. Masih api dapur keadaan kecil, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi ke dalam adunan rempah. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang yang telah goreng dan sebatikan pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Masakan ini dlm keadaan reneh (simmering).
5. Keluarkan dan hidangkan dengan taburkan cili merah yang dihiris dan juga bawang goreng di atas hidangan anda.

Saturday, 4 October 2014

Daging Masak hitam Nasi kandar

Bahan-bahan :
1 kg Daging (dipotong kepingan tebal 1/2" mengikut urat daging jadikan 14 keping).
2 biji Bawang labu sederhana besar dibelah dua memanjang , dihiris memanjang. (Ini cara ptg bawang untuk semua masakan nasi kandar) .
100 gm Rempah kari Daging Baba's ( dari bungkusan 250gm).
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk Jintan Putih.
1/2 sudu kecil Serbuk (tsp) Jintan Manis
1/2 sudu kecil (tsp) Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
1 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
100gm Cili Giling (tersedia jual) atau mengikut kepedasan anda inginkan.
4 sudu besar (tbsp) sos cili.
2 sudu besar (tbsp) sos tomato.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
7 sudu besar (tbsp) Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. Sekiranya kuantiti masakan yang besar gunakan kramel kicap (kramel tidak punyai kemasinan).
Garam secukup rasa.
Bahan untuk kisar / Tumis:
2 biji bawang labu sederhana besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya)
2 sudu besar pes halia bawang putih.
1 batang serai di ketuk di pangkal.
2 helai daun pandan di potong panjang 3" .
2 tangkai daun kari.
2 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
1 senduk Minyak masak.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carek daging telah masak sekiranya senang dicarek ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu masak terus saja. Kesedapan lauk ini amat tergantung pada kelembutan daging tidak keras dan tidak terlalu lembik.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan campuran kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar warna keemasan.
4.Masukan pes halia bawang putih , masukan pula bahan kisar cili /cili giling atau pun serbuk cili dan kacau rata. Tunggu pecah minyak tumisan atau selepas 3-4 minit.
5. Masukkan serbuk kari, Jintan putih, jintan manis , kas-kas. Kacau rata. Bila bau haruman rempah mula keluar, masukkan air bawang kisar dan tinggikan api dapur. Bila air bawang mula mendidih, masukkan air rebusan daging daging. Kacau rata.
6. Biarkan mendidih sehingga kuahnya menjadi kepekatan yang anda perlukan. Masukkan kicap pekat mee (Tamim) untuk warna yang keperangan hitam. Jangan terlalu hitam. Kalu masak banyak gunakan kramel kicap kerana kemasinan tidak ada..dan senang tentukan warna kuah.
7. Bila kepekatan kuah dan warna yang dikehendaki, Kecilkan api dan dan masukan 1 sudu besar gula pasir dan garam masala. Masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Ihsan dari mamak haji facebook.

Monday, 22 September 2014

Dendeng Daging

Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat... dendeng ni nak makan esok pagi tapi dah tinggal semangkuk kecik je..anak2 makan dengan nasi panas tadi..
Resepinya
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
bahan D
air rebusan daging
cara2nya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...